tap site

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
PLEASE TAKE NOTE.. WE NO LONGER SELL ALL PRODUCTS ON THIS WEBSITE. SORRY......

Monday 4 May 2015

GLOBE FIRST INTERNATIONAL (GFI)

http://gfi-nik2u.blogspot.com

GFI2U adalah perniagaan yang dinamik dan satu peluang yang lumayan - satu program pemasaran langsung ke pengguna yang ditubuhkan untuk memberi inspirasi kejayaan kepada golongan usahawan yang mempunyai inspirasi untuk berjaya.



PRAKATA - DATO' WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk mengabadikan kata alu-aluan di laman web GFI2U sebagai Pengerusi dan Pengarah syarikat.
Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Penasihat, Pengarah, Pengurusan, Kakitangan dan Ahli GFI2U.
GFI2U adalah satu program perniagaan yang diwujudkan untuk mereka yang mempunyai keazaman dan kesabaran untuk merubah gaya hidup mereka.
Sebelum saya menerima perlantikan sebagai pengarah merangkap pengerusi syarikat, saya telah meneliti program perniagaan GFI2U dan mendapati bahawa program ini dapat meningkatkan taraf hidup para ahli yang sanggup mengikut sistem yang ditetapkan syarikat. Program ini juga tidak bercanggah dengan udang-undang , tiada unsur-unsur Riba, Gharar atau pun Maisir. Malahan, kita mempunyai Penasihat Syariah yang khusus.
Saya amat menggalakkan sesiapa sahaja agar mengambil peluang keemasan ini.
"Orang-orang yang berjaya tidak hanya dengan keras hati, malahan, mereka berkerja keras dan percaya pada kemampuan diri."
Sekali lagi, setinggi-tinggi penghargaan dari saya kepada ahli keluarga GFI2U yang terus memberikan sokongan padu di dalam memastikan kelangsungan agenda GFI2U kita.

Salam Mesra,
Dato' Wira Mohd Johari Bin Baharum
Pengerusi / Pengarah



PRAKATA - DATO' SRI DR. TEH CHEE TEONG

Kepada Teman Dan Rakan Kongsi,
Anda menghadapi kesukaran untuk mengubah aspirasi anda kepada realiti? Anda tidak keseorangan.
Hari demi hari, jutaan daripada para professional bertungkus lumus bekerja dengan harapan mendapat pulangan yang lumayan . Walau bagaimanapun, harapan hanyalah tinggal harapan, apabila kemerosotan industri semakin melebarkan jurang antara golongan kaya dan kurang berkemampuan . Kebanyakkan berpendapat bahawa kemewahan dan gaya hidup pada masa akan datang ditentukan atas dasar kerja keras yang berterusan.
Selamat datang ke GFI2U – sebuah program perniagaan yang ditubuhkan dengan keyakinanan bahawa gaya hidup yang selesa tidak semestinyanya boleh dinikmati oleh golongan tertentu bahkan setiap orang yang mempunyai keazaman dan semangat untuk mengubah nasib hidup mereka kepada yang lebih baik.
Beroperasi atas satu formula kejayaan iaitu pemasaran seorang ke seorang –sebuah industri yang bernilai billion ribu ringgit telah melahirkan jutaan jutawan dengan gabungan beberapa sektor. GFI2U mengambil inisiatif menghasilkan produk produk yang hebat dan mewujudkan banyak peluang yang menguntungkan bagi golongan yang berpotensi dari segenap lapisan masyarakat. Visi utama kami adalah semua orang berhak dan berpeluang untuk menikmati perubahan dari hasil kerja keras dengan kehidupan mewah seperti yang diimpikan.
Dengan satu pendekatan perniagaan yang mudah dan fleksibel dalam pelaksanaan, GFI2U yakin bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai keazaman tanpa mengira sumber atau komitmen masa, mereka mampu meraih hasil yang lumayan dengan GFI2U. Kami mengatakannya dengan yakin kerana berpuluh ribu orang telah merasai kejayaan mereka dan setiap orang dari mereka merupakan satu bukti kepada satu potensi besar yang boleh dipenuhi dengan program GFI2U.
Sehingga kini, revolusi perniagaan kami telah memberi manfaat yang tidak terhingga kepada pelbagai bidang. Ramai yang telah menemui jalan untuk mendapatkan pulangan yang lumayan seiring dengan usaha mereka sementara yang lain telah dapat menikmati kerjaya dan kediaman yang selesa. Hal ini merupakan antara faktor mengapa lebih daripada 10 000 orang dari 6 buah negara kini dikaitkan dengan GFI2U, menjadikan kami salah satu daripada jenama terus kepada pengguna yang berkembang pesat dan diiktiraf di pelosok Benua Asia.
Jika anda tertanya-tanya bagaimana perasaan anda apabila dapat menikmati hidup seperti yang diimpikan, kami di GFI2U ingin mencabar anda supaya mengambil langkah berani dan menyertai revolusi perniagaan kami. Bersama-sama dengan golongan yang mempunyai impian seperti anda, anda juga boleh mengetahui bagaimana mudahnya untuk hidup mewah ,sihat dan secara amnya menikmati kehidupan yang berjaya bermula hari ini .

Sekian ,
Dato' Sri Dr. Teh Chee Teong
Penasihat Syarikat

No comments:

Post a Comment